Tuesday, February 2, 2010

Demi Masa..

Salam to All..terlebih dahulu ampun maaf dari saya kerana sudah terlalu lama tidak membuat posting di dalam blog pribadi ini..tak guna la nak bagi alsan apa pun kan sebab memang sebenarnya masa untuk buat posting ni memang tak menyebelahi saya. So memang tak salahkan orang lain kalo kata kita ni anagan2 tahi ayam je nak jadi blogger sepenuh masa..hehe...tapi apapun insyaallah saya akan kembali membuat posting-posting yang menarik buat tatapan dan perkongsian semua. Banyak juga yang terjadi sepanjang hampir setahun menyepi ni..anak saya Naufal dah semakin membesar dan insyaallah akan dapat adik baru bulan 5 nanti. Saya dan isteri macam biasa sibuk dengan tugas harian di pejabat dan sekolah..Pada post akan datang saya akan kongsikan apa saja pengalaman,ilmu atau peristiwa yang berlaku untuk tatapan semua..semoga berjumpa lagi...Salam sayang buat semua...

Read more...

Tuesday, April 28, 2009

Hari Sukan SMKDE 2009...

...Sorry sebab event ini dah agak lama..dalam bulan Feb. kalo xsilap...weekend tu abah n naufal join Hari Sukan ibu di Stadium Selayang...Ibu rumah Tuah,Rumah Merah..rumah sukan lain rumah Kasturi, Lekir & Jebat...mcm biasa ibu sibuk dengan studentnye..tapi sempat jugak masuk acara guru 8 x 50m berganti2..sib baik 50m. kalo 100m atau 400 meter mau pengsan ibu...yang lain semua sama jer..ramai ibu bapa datang utk support anak, xkurang jugak yang datang saje untuk tengok sukan..orang meniaga pun ada..cuaca agak panas jugak so paham je la...sib baik stadium Selayang tu berbumbung...kebetulan pengasuh naufal datang jugak sebab anak dia student sekolah ibu, so naufal abah bagi kat pengasuh naufal la..so bolehla abah jadi cameraman xberdaftar hari tu,.,ok la..ni la gambar yang sempat disertakan..teringat masa zaman sekolah di TIKL tahun 97-98 dulu..sukan kat Stadium Bolasepak Cheras..kemeriahannya masih segar di ingatan...





Read more...

Hari Malas Sedunia..

Salam To All..

...Macam tajuk post ni jugak..memang malas je hari ni..sempat tengok post sebelum ni, rupanya da dekat sebulan xupdate apa2 kat blog..harap sape yang follow blog ni tak merajuk yer..actually saya xberapa sihat seminggu dua ni sebab cuaca skang maklum la kan..Hari 28 hb April 2009..Saya amik annual leave utk duduk di rumah and pikirkan beberapa perkara yang belum dibereskan..Doakan saya dpt update lebih kerap blog ni..

Read more...

Saturday, March 28, 2009

Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor




...Kami berkesempatan berkunjung ke majlis sambutan ini yang diadakan di hadapan Stadium Selayang. Tujuan kami lebih untuk mendaftarkan Naufal dalam TAWAS iaitu Tabung Warisan Anak Selangor. Kerajaan negeri bagi satu bentuk tabungan pada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 ke atas. Pada umur mereka 18 tahun nanti, akan ada simpanan lebih kurang RM1500 yang boleh digunakan utuk tujuan pendidikan. Syaratnya anak mestilah lahir di Selangor dan salah seorang dari ayah atau ibu mestilah jugak yang lahir di Selangor. Naufal pun terus dilantik menjadi duta TAWAS dengan tak sengaja. Kami singgah sekejap je sebab nak pergi berkelah di tepi pantai, tak sempat nak pusing2 gerai-gerai pameran dan jualan yang ada..Apapun sempat snap beberapa gambar sebelum balik...

Read more...

busy busy busy


Salam to All..


Sorry lama sangat xupdate apa2 kat blog sendiri..actually bukan apa, mcm biasa la kesibukan kerja dan keluarga..buat pengetahuan semua company tempat saya bekerja iaitu Ranhill Worley Parsons Sdn. Bhd. dah pun berpindah dari Empire Tower ke Wisma Denmark mulai 20hb 3 2009. So sekarang minggu pertama di tempat kerja baru. So far nampak mcm ok cuma masalah traffic sebab lokasinya makin masuk ke dalam bandaraya Kuala Lumpur. Wisma Denmarak ni juga akan dikenali sebagai Sunway Tower terletak di sebelah LRT Putra Dang Wangi. Memang satu kemudahan yang penting bagi sesiapa yang menggunakan pengangkutan awam. Tapi bagi saya yang tak suka menunggu ni memang susah sikit sebab lrt putra kalau waktu pagi memang dah macam naik bas..berasak-asak, tolok menolak tu memang dah adat la..kalau pagi takpe lagi kalo nak balik petang bayangkan je la bau bauan yang ada..


...Tempat baru azam baru...ye ke?harap begitu la..tak tau berapa lama lagi akan bekerja untuk company ni..keadaan ekonomi global yang tak menentu merencatkan rancangan saya untuk berhijrah..Semoga masa yang sesuai akan tiba juga nanti..

Read more...

Friday, March 13, 2009

Isu Hasil Gas di Kelantan

...Terlebih dahulu diingatkan bahawa huraian di bawah bukanlah penulisan original dari saya. Ianya diambil dari laman web yang kesahihannya boleh dipercayai. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa blog ini bukanlah blog politik dan tujuan saya memaparkan rencana ini adalah untuk perkongsian ilmu bersama para pengunjung blog ini. isu gas di Kelantan bukan satu isu baru dan hikmah di sebalik apa yang terjadi yang Allah yang menentukan..

...Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,


- Blok A18 (Blok gas yang saya telah lawati sendiri)
- Blok B17 & C19
- PM3
- Sub-Blok Ular
- PM301 & PM302
- PM303
- PM311 & 312


....Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.


APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN?


...Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS. Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.


....Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

....Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.


PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

-Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
-Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
-Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
-Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008


...Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.


BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN


...Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN


...PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini. Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu. Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu. Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan. Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Allah Maha Mengetahui...

Read more...

Offshore & Onshore Kota Bharu

...Kota Bharu 9-13 Februari 2009, ini adalah sambungan kepada post saya pada bulan Februari lepas. Jadual seharian yang amat padat tidak mengizinkan saya untukmenyertakan beberapa keping gambar sepanjang 'offshore trip' ke Platform BMA (Bumi) milik Carigali Hess di sempadan Malaysia Thailand. Ulasan gambar ada disertakan bersama untuk makluman semua.

Stay di Hotel Renaissance..satu-satunya hotel 5-star di KB Sempat lagi berpossing kat Pantai Irama, Bachok
Berlatar belakangkan tempat shopping di Rantau Panjang

Kat Sg. Golok, sempadan Malaysia-Thailand..tempat 'shooting' filem Castello

Pasar Malam Parit Dalam, betul2 di tengah bandar KB..barang2 lagi murah di sini banding Rantau Panjang kalau pandai kecek kelate..hehe...

Kagum dengan golongan wanita di Kelantan, penjual di Pasar Besar Siti Khadijah dimonopoli oleh kaum wanita melayu..pelbagai jenis makan tradisional ada, tapi most of it very sweeeettt...
Pandangan 'typical' Pasar Besar Siti Khadijah
Baru start offshore pic...ni la dia 'Bucket' utk boat transfer..very high risk..but enjoy!!


Antara kemudahan yang ada di Living Quaters di CKP Paltform. Makan?memang masalah..terlampau banyak..

Disinilah kami stay 2 malam..Cekerawala Platfrom (CKP)..Central Processing Platform-CPP..Gambar ni diambil masa kami bergerak ke BMA seawal jam 7pagi..
Chopper Sikorsky S76 yang digunakan untuk transport personnel from/to KB airport. Ni 1st trip, we all naik 2nd trip..ni amik masa tunggu chopper nak balik la..xsabar nak sampai darat..baru 2 mlm..bayangkan diorang yg rotate every 2 weeks..huhhh...
Platfrom BMA di Blok A-18 di mana kami menjalankan kerja, ini adalah drilling platfrom approximately 40km from CKP.

Time lunch yang amat best, kena bawak bekal awal2 dari CKP sebab sini bukan LQ..so time makan memang best la..tgh laut dan angin bertiup..dalam gambar tu Mukazul (Piping Lead Designer), Fazlina (Mech. Engr), yg tak nampak kepala tu Abang Zaki (Instrument Lead Designer), dan aku Structural Engr. yang amik gambar..

sempat lagi bergambar dalam kepenatan...
...Gambar kerja kat platfrom tu memang xnak tunjuk..semua steel n mechine jer..nanti bosan pulak kan..pada post akan datang saya akan ketengahkan isu hak pendaratan Gas di Kelantan. Agak menarik juga sebab tak ramai yang tahu isu ni..
















Read more...

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP